Monday, 30 March 2015

Begini dan Begitu Part 21


Assalamualaikum...








Kerja EJ terhenti apabila sedar dirinya diperhatikan seseorang. Terus tumpuannya beralih pada si dia yang berdiri di muka pintu dapur. EJ memberikan senyuman pada Syed Aimran.


         “Kenapa tercegat aje dekat situ?” Soalnya sambil sambung memotong lada benggala.


         Syed Aimran menarik sengih. Dia masuk ke dapur lalu duduk di kerusi tinggi. “You memasak ke?”


         EJ angguk saja.


         “Tengah malam macam ni?”


         “Yup.”


         “Syed mana?” Syed Aimran mencari kelibat abang kembarnya. Tiada di dapur itu.


         “Tidur.” Ringkas EJ menjawab. Dia memotong sawi pula.


         Berkerut dahi Syed Aimran mendengar jawapan EJ. “Pelik. Bukan sepatutnya pengantin baru duduk dalam bilik aje ke? ”


         EJ berhenti memotong sayur. Dipandang Syed Aimran yang penuh tanda tanya itu. Dia faham soalan Syed Aimran tadi. Dia menarik senyum senget. “Tak semua pengantin baru macam tu. Kita orang ‘hold’ bab tu untuk honeymoon nanti.”


         Tergelak lepas Syed Aimran. Selamba betul kakak iparnya ini cakap begitu. “Boleh pula macam tu ya?”


         “Boleh aje.”


         “You masak apa?” Syed Aimran menjenguk bahan-bahan yang disediakan EJ. Dia cuma nampak sayur-sayuran dan juga isi ayam yang sudah dipotong.


         “Maggi kari.”


         “Eh, mana datang maggi kari pula malam-malam ni?”


         EJ menarik sengih sambil menjungkit-jungkitkan keningnya. “Datang dari Malaysialah. I mintak Zayd bawakan. Nak juga ke?”


         “Boleh juga. Lapar ni...” Laju Syed Aimran mengangguk. Dia turun pun sebab nak cari makanan. Tengok-tengok EJ masak mi segera pula. Memang langkah kananlah dia.


         “Ehem... rancak borak?” Sampuk Syed Ashman yang muncul dari tingkat atas. Lama dia menunggu EJ di bilik, manalah tahu nanti EJ masuk semula. Tengok-tengok sekarang selamba aje isterinya itu melepak dengan adiknya di dapur.


         “Lah, EJ kata kau tidur?” Syed Aimran kehairanan.


         Syed Ashman memandang sekilas EJ. EJ buat muka toya saja sambil menyudahkan kerjanya. “Mana boleh tidur, bini tak ada dekat sebelah.”


         Pecah ketawa Syed Ashman dan Syed Aimran. EJ mencebik.


         Itu ayat nak coverlah tu. Banyak cekadak dia tak boleh tidur sebab aku tak ada dekat sebelah. Dia cari pasal dulu tadi, membebel-bebel EJ dalam hati.  


         “Tak apalah, aku keluar dululah.” Syed Aimran bangun untuk keluar dari dapur. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Syed Ashman, memberi peluang kepada abang kembarnya itu untuk berdua-duaan dengan EJ.


         “Eh, ni maggi you macam mana?” Celah EJ.


         “Dah siap nanti you panggillah. I dekat ruang tamu aje, tengok tv.”


         EJ mengangguk okey. Terus dia menyambung kerjanya mengacau mi segera yang semakin kembang dididih dalam periuk.


         “Masak maggi untuk Im, huh?” Sinis Syed Ashman menyoal. Cemburu betul dia dibuatnya. Kalau dia tak mencelah tadi, entah sampai bila Syed Aimran dapat duduk berdua dengan EJ. EJ pun sama, selamba saja borak dengan adik kembarnya itu bagai tiada apa.


         “Biarlah.” Bersahaja EJ menjawab. Sengaja menyakitkan hati Syed Ashman.


         “Mana boleh biar aje. You ni dah kenapa turun tak pakai tudung?”


         “Dah tengah malam, bukan ada orang pun. Im aje yang tengok pun tadi.”


         Terbakar hati Syed Ashman dengan jawapan EJ. Dia mendekati EJ lalu membalikkan tubuh EJ menghadapnya. EJ merengus, bengang dengan tindakan Syed Ashman. Apa lagi yang tak kena?


         “I nak ingatkan you, Im atau sesiapa pun tak boleh tengok you macam ni. Put at least a shawl on your head, kalau you tak nak pin tudung sangat.” Tegas Syed Ashman sambil memerhati tubuh isterinya atas ke bawah. Isterinya cuma memakai baju pijama sutera saja. Kalau dia yang tengok pun dia rasakan EJ seksi, inikan kalau orang lain yang tengok.


         EJ menjuihkan bibir. “Isu tudung pun nak kecoh. Menyampahlah you ni.”


         “Bukan tudung aje, ni baju you ni pun salah juga.”


         “I pakai pijama aje kut!”


         “Silk pajamas, for your information. I tak suka kongsi tubuh you dengan orang lain. Im tu baik macam mana sekalipun, dia tetap lelaki. Mata dia boleh nampak apa yang dia tak patut nampak. Bukan aje dia, semua lelaki pun macam tu.”


         EJ menjeling siling. Tahu sangat sekarang Syed Ashman mencemburuinya. Tahu pula dia sakit hati.


         Namun EJ buat tidak endah saja. Mi segeranya sudah masak. Segera dia menutup suis dapur elektrik itu. Dia mencapai tiga mangkuk lalu diagih-agihkan mi segera ke dalam setiap satu. Syed Ashman memerhati saja kerja isterinya.


         “Kenapa tiga?”


         Terangkat muka EJ memandang Syed Ashman. “I tak kejam sangat nak bagi suami I kebulur. You tak nak tak apa. I makan berdua aje dengan Im.”


         “Huh, jangan harap!” Bantah Syed Ashman lalu mengambil mangkuknya dan EJ.


         EJ tersenyum meleret dalam hati. Geli hati melihat tingkah Syed Ashman yang cemburu itu.




Usai solat Subuh, EJ duduk di buaian rotan di balkoninya. Sejam lebih dia duduk di situ. Syed Ashman pula keluar berjoging dengan Syed Aimran dan juga abang-abangnya. Tinggallah dia seorang dalam bilik ini.


         Ketika dia turun ke dapur tadi pun, orang gaji rumahnya sibuk menyediakan sarapan pagi. Dia nak menolong tetapi segera ditegah mereka. Sudahnya dia naik semula ke biliknya.


         Bunyi pintu bilik yang terkuak dari luar mengalihkan tumpuan EJ. Dia mengagak itu tentu Syed Ashman yang baru pulang dari berjoging. EJ menghayun langkah masuk ke bilik. Dia duduk di birai katil. Matanya fokus memandang Syed Ashman.


         “Kenapa pandang I macam tu?” Syed Ashman bertanya. Dia duduk di sofa lalu memecat stokin dari kakinya. EJ mengjungkitkan bahu.


         “Saja.”


         Syed Ashman tidak membalas lagi. Bajunya ditanggalkan lalu dilempar dalam bakul baju kotor. Dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.


         EJ menelan liur melihat badan suaminya dari belakang. Bibirnya digigit. Damn god, he has a very sexy back!


         Syed Ashman keluar dari bilik air dengan bertuala saja. Rambutnya dibiarkan basah tak dilap. EJ tidak jemu-jemu merenung suaminya itu. Tak tahu kenapa Syed Ashman begitu menarik perhatiannya pada pagi ini.



         “EJ?”


         Syed Ashman memetik jari di hadapan muka EJ. EJ kaget. Terkebil-kebil dia memandang Syed Ashman yang kini berdiri di hadapannya. Dia menelan liur lagi. Apatah lagi melihat badan Syed Ashman yang berketak-ketak itu.


         Dulu tak macam ni pun, fikirannya membanding bezakan fizikal Syed Ashman dulu dan sekarang.


         “You pandang apa?” Sekali lagi Syed Ashman mengulang soal. Dia sedar dari tadi EJ memerhatikannya.


         “Nothing.”


         “EJ... you better tell me. What are you staring at?” Giat Syed Ashman. Dia merapati EJ sampai EJ terdorong ke belakang. Tangannya ditekan ke tilam, memerangkap EJ untuk lari darinya.


         “Jawab cepat.”


         EJ senyum senget. “Tengok youlah. Ada orang lain ke dalam bilik ni?”


         Terjungkit kening kiri Syed Ashman. “Tengok apa?”


         “Your body.” EJ melalukan jari-jemari runcingnya ke dada bidang Syed Ashman.


         “Your six packs.” Tangan kirinya bergerak pula menyentuh belakang badan Syed Ashman.


         “Your sexy back.”


         Belum sempat tangan EJ bergerak lebih-lebih, Syed Ashman menangkap tangan isterinya itu. “You nak apa ni?”


         “Nak...” EJ sengaja menggantung ayatnya. Bibirnya mengukir senyum menggoda. Tangan kanannya yang tidak berada dalam genggaman Syed Ashman menjalar ke ikatan tuala Syed Ashman. Perlahan-lahan dia merungkai tuala itu.


         Mata Syed Ashman membuntang. Tak sangka dengan tindakan berani EJ. Cepat dia menangkap tualanya yang nyaris dirungkai EJ. EJ tergelak sinis.


         “Gelabah betul! Semalam nak sangat I goda you. Ni I goda, tak nak pula.”


         Syed Ashman membuat muka. “Ingat I nak percaya? Buatnya you main-main macam semalam buat rosak mood I aje nanti. Siap nak berpassword bagai.”


         “I goda you betul-betul ni.” EJ cuba meyakinkan Syed Ashman. Nampaknya dia juga yang kena mulakan langkah dulu kalau Syed Ashman masih degil untuk mempercayainya.


         “Prove it.” Cabar Syed Ashman.


         EJ terus mencium bibir suaminya tanpa berlengah.


         Syed Ashman tergamam.


         Namun kemudian dia memegang tengkuk EJ, menarik wajah isterinya itu lebih rapat sehingga lidah mereka bersentuhan. Sambil itu sebelah lagi tangannya merungkaikan satu persatu butang pijama EJ. EJ membiarkan, malah dia juga menarik terus ikatan tuala Syed Ashman. Dilempar tuala itu ke lantai.


         Syed Ashman mencium pula telinga EJ, lalu digigit perlahan. EJ terjerit kegelian. Dia menolak tubuh suaminya. Posisi mereka berubah, dia pula di atas Syed Ashman. Dia melirikkan matanya, menggoda lagi.


         Sudahnya pagi itu mereka hanya meluang masa di atas katil saja.





Dianne menghampiri kakak iparnya yang duduk sendirian di taman mini yang berhias dengan bunga-bungaan. Kelihatan EJ khusyuk menghadap novelnya.


         “Akak!”


        EJ mengangkat muka dari novel Harry Potter yang sudah berulang-ulang kali dibaca itu. Dia mengukir senyum tipis pada Dianne yang mengambil tempat duduk di sebelahnya.


         “Akak buat apa duduk sini sorang-sorang? Dah tu baca novel pula. Tak bosan ke?”


         “Pasal bosanlah akak baca novel ni. Ni aje akak mampu buat.” Bersahaja EJ membalas. Dianne, atau Sharifah Adrianne adalah adik perempuan ketiga suaminya. Beza umur mereka setahun saja tetapi Dianne tetap mahu memanggilnya kakak. Walau EJ sudah berkali-kali melarang.


         “Lah, abang Syed mana?”


         EJ menjungkitkan bahu. “Tak tahu.”


         Selepas peristiwa pagi tadi, mereka turun makan bersama. Tetapi Syed Ashman tiba-tiba mendapat panggilan yang menuntutnya keluar rumah. EJ pun tak bertanya apa-apa. Lagipun mereka baru saja berbaik. Kalau dia bertanya nanti, Syed Ashman anggap dia menyibuk pula. Tak pasal-pasal mereka bergaduh lagi.


         “Apa akak ni? Patutnya akak kenalah tahu mana abang Syed tu pergi, dia buat apa... Akak kan dah jadi wife dia.” Bebel Dianne. EJ ketawa kecil. Boleh tahan juga adik iparnya ini.


         “Malaslah. Nanti dia ingat akak menyibuk.”


         “Tak ada maknanyalah. Bertanya tak semestinya akak nak menyibuk hal dia. Akak tanya sebab akak ambil peduli. Akak care pasal dia gitu.”


         “Hmm... tengoklah nanti-nanti akak tanyakan abang Syed tu. Eh, Dane mana?”


         “Minah tu pergi merayaplah kut. Dia bukan reti duduk rumah. Walaupun tak ada kawan dekat sini, boleh aje dia pergi berjalan sorang-sorang.” Jelas Dianne.


         Dane, Sharifah Adrianni si adiknya kembar itu memang tak suka melekat dekat rumah. Asyik berjalan aje tahunya. Susah betul dapat adik kembar tomboy begitu.


         “Biarlah dia nak berjalan, bukan selalu dia dapat datang Aussie. Kan lusa dia dah nak balik US.”


         Dianne mencebikkan bibir. “At least ajaklah Dianne sekali. Boleh pergi cuci mata.”


         EJ menutup novelnya. Dia menarik tangan Dianne. “Jom.”


         “Jom? Pergi mana?” Soal Dianne tercengang. Tak pasal-pasal kakak iparnya itu menarik tangannya.


         “Pergi cuci matalah. Jalan-jalan cari pasal.”




“You pergi mana?” Terpa Syed Ashman sebaik saja EJ masuk ke kamar tidur mereka. Tadi ketika dia pulang ke rumah, didapatinya EJ sudah tiada. Bukan dia tak bertanya pada orang dalam rumah, tetapi mereka pun tidak tahu ke mana perginya EJ.


         “Jalan-jalan cuci mata.” Bersahaja jawapan EJ. Dia merungkaikan selendang yang melilit kepalanya di hadapan cermin solek. Syed Ashman datang memeluknya dari belakang.


         “Seorang?”


         “Taklah. Dengan Dianne. I temankan dia keluar. Dia kata bosan tinggal seorang dekat rumah.” Jujur EJ. Keluar dengan adik iparnya tadi boleh tahan seronok juga. Dianne itu spesis dia juga rupa-rupanya. Memang sesuai sangat kalau nak dibuat kawan.


         Syed Ashman mengangguk faham. Puas dengan keterangan EJ sebab tadi pun dia sedar yang adiknya Dianne juga tak berada di rumah.


         “You pergi mana tadi?” EJ pula yang bertanya.


         “Jumpa member lama. Esokkan kita dah nak pergi honeymoon. Lepas tu you dengan I akan balik tempat belajar kita masing-masing. Memang takkan jumpa dia orang dahlah.”


         Mendengar kenyataan itu, EJ mengeluh dalam hati. “Nanti kita pun takkan jumpa dah.”


         Syed Ashman sedar riak wajah isterinya berubah. Dia pun sebenarnya sedih kerana mereka bakal berpisah. Haih, susah juga bercinta jarak jauh begini.


         “EJ, look. Tak nak sedih-sedih okey. Kita ada lagi beberapa tahun aje lagi untuk habiskan study. Nanti kita balik Malaysia sama-sama. Lagipun tahun depan kan kita balik beraya dekat Malaysia?”


         “Memanglah tapi...” EJ berjeda sesaat. Dia mengeluh lagi. “Kalau I rindu you macam mana?”


         Syed Ashman memejamkan matanya. Dia menghela nafas perlahan. Rambut EJ yang dilepas bebas diciumnya. “I tak tahu EJ. Sebab I pun bakal rasa benda yang sama. I will miss you a lot, sayang.”


         EJ merungkaikan rangkulan Syed Ashman. Rasanya cukup sampai situ saja. Dia bimbang lagi lama mereka berbincang tentang hal ini, nanti merembes pula air matanya. EJ mencapai tualanya di penyidai kayu.


         “I nak pergi mandi dulu.”


         Syed Ashman mengangguk. “I tunggu you. Nanti kita solat maghrib sama-sama.”


P/S : Siapa sedar Dianne tu siapa?


Sunday, 29 March 2015

Begini dan Begitu Part 20


Assalamualaikum...








Syed Ashman menunggu EJ dengan sabar di Swagman's Post Courtyard Cafe. Sanggup dia keluar rumah untuk berjumpa dengan EJ walaupun dia baru saja tiba di rumah keluarganya tadi. Apatah lagi apabila mendengar berita dia bakal dikahwinkan dengan EJ.


         “Sorry, I’m late.” Ucap EJ yang baru sampai di situ.


         Dia terus menarik kerusinya bertentangan dengan Syed Ashman. Bibirnya mengukir senyum tipis pada lelaki itu. Belum pun sempat Syed Ashman membuka mulut, pelayan terlebih dahulu datang untuk mengambil pesanan mereka. Namun mereka menolak untuk makan. Makan apanya, sekarang masih bulan Ramadhan.


         “Bila you sampai Sydney?”


         “Empat hari lepas. You?”


         “I baru sampai.”


         “You what?” EJ terperanjat. “Baru sampai dah ajak I keluar? You ni tak reti penat ke apa?”


         “I don’t care.” Serius Syed Ashman menjawab. Matanya tertancap pada jari manis EJ yang kini bersarung cincin belah rotan. Bukti kukuh yang kini EJ adalah tunangannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.


         “Betul ke you sekarang tunang I?” Syed Ashman bertanya ragu. Masih sukar dipercayai dengan apa yang dia dengar dan lihat sendiri.


         EJ mengangguk perlahan. “Ibu you yang lamar I untuk you.”


         “Sejak bila?”


         EJ terus bercerita tentang rancangan bakal ibu mertuanya sejak dari awal sehinggalah sekarang dia menjadi tunangan Syed Ashman. Syed Ashman terpempan. Tak tahu apa yang patut dirasakan apabila mendengar semuanya dari mulut EJ. Entahlah, sedikit sebanyak dia berasa kecil hati kerana semua orang membelakangkannya.


         “You doesn’t seem happy.Tuduh EJ tanpa menunggu. Dari tadi dia perhati riak Syed Ashman, serius memanjang.


         “It’s not that, EJ.” Nafi Syed Ashman. EJ tersenyum sinis.


         “Habis tu apa? Dari tadi I tengok you asyik serius aje. No smile on your face at all. I cuba sedapkan hati I, mungkin you penat sebab baru sampai. Tapi... entahlah! I rasa memang you tak suka dengan apa yang jadi.”


         Sejujurnya dia terasa hati dengan tingkah Syed Ashman. Sedaya upaya dia menerima lelaki itu, tiba-tiba ini yang dia dapat. Siapa aje yang tak sakit hati?


         Syed Ashman terdiam. Tetapi riak wajahnya masih serius tak berubah. “I was a little bit frustrated, EJ. I rasa semua orang macam membelakangkan I. Sekurang-kurangnya bagitahulah I pasal pertunangan ni. Tapi lagi seminggu kita nak kahwin baru I tahu, you ingat boleh terima seratus peratus ke?”


         EJ mengetap gigi kegeraman. “So, you nak I buat apa? You nak tarik diri dari pertunangan ni baru you nak puas hati?”


         “Bukan macam tu...”


         “Then what? You jangan cabar I buat benda yang bukan-bukan, Syed. You tahukan bila I dah buat satu keputusan tu I susah nak ubah balik. Black is black, white is white to me. No compromise.” Tegas EJ. Geram pula dia dengan Syed Ashman.


         Syed Ashman menahan sabar dalam hati. “Just put yourself in my shoes, EJ. Cuba you fikir kalau you ada dekat tempat I. Mesti you akan rasa benda yang sama.”


         EJ menggeleng perlahan. Sungguh sekarang dia bengang. “I tak faham you, Syed. Sepatutnya you rasa happy sebab kita bakal berkahwin. Ibu you susah payah lamar I untuk you, and dia tunggu pula keputusan I sebulan lebih. Bila I terima, ini pula yang jadi. Seriously, Syed. This is not what I expect from you.”


         “Sebab I tak tahu apa-apa, EJ. I pun nak plan perkahwinan kita sama-sama, tapi semuanya you dengan famili kita yang aturkan. Siapa aje tak terasa hati, EJ?” Keluh Syed Ashman.


         Kerusi yang diduduki ditolak ke belakang. EJ bangun terus akhirnya. Dia mahu balik!


         “I’m not finished yet, EJ.” Syed Ashman pantas memaut lengan EJ. Tajam matanya merenung tunangannya itu. EJ merentap tangannya semula.


         “You jangan halang I nak balik. I duduk sini pun kalau tengok you macam ni buat I sakit hati aje, Syed. Lebih baik kita tak payah jumpa langsung. Jumpa hari nikah nanti aje. Itu pun kalau jadi nikahlah.”


         Ayat terakhir EJ buat Syed Ashman terkedu. Matanya menghantar EJ yang terus melangkah keluar dari kafe tersebut. Giginya diketap geram. Sepatutnya dia yang merajuk, ini dah kenapa jadi terbalik pula?!




Fattah Hazrullah berhenti melangkah untuk menuju ke dapur. Dia terlihat EJ duduk termenung sendirian di hadapan televisyen yang gelap tak dipasang di ruang keluarga. Terus saja dia mendekati adiknya itu.


         “EJ...” Dia menegur perlahan. EJ tersentak.


         “Along...”


         “Tak tidur lagi?” Tanya Fattah Hazrullah sambil mencari jam dinding. “Dah pukul 2.30 pagi nikan?”


         EJ menggeleng perlahan. “Tak ngantuk. Duduklah sini, along.”


         Fattah Hazrullah menurut. Dia duduk di sebelah EJ. Senyap seketika antara mereka.


         “Along...” Panggil EJ perlahan. “Betul ke apa yang EJ buat ni?”


         “Kenapa tanya macam tu?” Fattah Hazrullah mengerutkan dahinya. Pelik mendengar soalan EJ.


         “Betul ke keputusan EJ nak kahwin dengan Syed ni?”


         “EJ... kenapa ni?” Tanya Fattah Hazrullah. Terus dia duduk bersila menghadap EJ. Wajah muram adiknya itu dipandang risau. “Why out of all sudden you’re asking this question? Are you okay?”


         EJ menelan liur kesat. Serasa hendak menangis dibuatnya. Sudah berhari-hari dia memendam sendiri perasaannya. Sakit betul hatinya dengan Syed Ashman. “EJ takut nak hadapi hari esok. EJ takut nak jadi isteri Syed.”


          “Don’t be afraid, everything’s gonna be okay. You and Syed will be fine.” Pujuk Fattah Hazrullah lalu memeluk bahu EJ. Digosok-gosok perlahan bahu adiknya itu.


         Menitis air mata EJ tanpa dapat dibendung lagi. Sebak menghimpit dada. Disebabkan Syed Ashman perasaannya jadi berbelah bahagi begini, antara hendak meneruskan pernikahan mereka esok hari atau membatalkan saja di saat akhir.


         Sejujurnya EJ tak tahu bagaimana hendak menghadap muka Syed Ashman esok. Sudah berhari-hari dia menjauhkan diri dari Syed Ashman. Segala panggilan dan pesanan dari lelaki itu, semuanya ditolak. Dia enggan untuk berhubung dengan Syed Ashman. Dia takut keputusannya berubah nanti.


         “Shh... janganlah nangis macam ni. You make me worried.” Pujuk Fattah Hazrullah lagi. Sungguh dia risau lihat keadaan EJ sekarang. “Cuba cerita dekat along apa yang mengganggu EJ?”


         EJ menggeleng perlahan, enggan bercerita dengan Fattah Hazrullah. “I just want to cry. Just... crying. Don’t ask me why.


         Fattah Hazrullah mengangguk faham. Dia mendakap erat lagi adiknya itu. Dia cuba menenangkan EJ meski hatinya meronta kuat untuk tahu apa yang mengganggu mood EJ. Lama mereka mendiamkan diri. EJ pula tidak sudah-sudah menghamburkan air matanya di dada Fattah Hazrullah.


         Dia akui, sejak dari dulu Fattah Hazrullah sentiasa ada untuknya ketika dia ingin menangis. Tertanya-tanya juga dia selepas ini siapa lagi yang akan menenangkan setiap kali bersedih? Mampukah Syed Ashman menggantikan tempat along ataupun abang-abangnya yang lain?


         Entah, dia tidak yakin untuk menjawab soalan itu.


         “Feeling better?” Soal Fattah Hazrullah setelah tangisan EJ reda. Dia mengesat pipi EJ yang basah tercemar dengan air mata.


         “Better.” Serak suara EJ menjawab.


         “Nak share dengan along?”


         EJ menggeleng lagi. “There’s nothing to share with you. I’m just afraid of tomorrow. And I just need some comfort. Thanks for comforting me.


         EJ kan adik along, tak ada masalah bagi along nak pujuk EJ.” Ujar Fattah Hazrullah sambil menggosok perlahan kepala EJ. Tertumpah kasihnya pada adik bongsunya itu. Membuatkan EJ kembali rasa sebak.


         Dia berfikir, entahkan bila lagi dia dapat merasa pujukan alongnya ini? Sudah tentu takkan. Kerana dia  bakal jadi isteri Syed Ashman dalam masa tak sampai dua belas jam lagi. Mengingatkan kenyataan itu, EJ mengeluh sekali lagi.





Veil putih labuh yang terletak elok di atas kepala dirungkaikannya lalu diletakkan atas penyidai kayu. EJ melabuhkan punggung di atas bangku.


         Dia memerhatikan wajahnya yang terpantul di cermin solek yang besar gedabak itu. Masih kelihatan matanya yang berbekas bengkak dan sembap gara-gara menangis semalam. Walau cuba diselindungkan dengan solekan pun, tetap nampak juga matanya yang tak bermaya itu. Dia tak mampu berbuat apa-apa lagi, hanya mampu menyorokkan dengan senyuman plastik di bibir saja sepanjang waktu akad nikahnya tadi.


         EJ teringat lagi detik-detik ketika ijab kabulnya berlangsung tadi. Sumpah dia terasa bagai dia dipaksa berkahwin dengan Syed Ashman! Walau hakikat yang nyata dia yang rela untuk berkahwin dengan lelaki itu. Tadi pun dia menangis bukan kerana dia sudah mengakhiri zaman bujangnya, tetapi kerana memikirkan kehidupan seterusnya dengan Syed Ashman yang entahkan bahagia atau pun tidak.


         Air mata yang tadinya sudah berhenti, kini kembali tumpah. Entahlah, sepanjang hari ini dia rasa hendak menangis saja. EJ terus menekup mukanya dengan telapak tangan. Biarlah solekan di wajahnya rosak sekalipun, dia tak peduli.


         EJ terkejut apabila terasa bahunya disentuh perlahan. Esakannya perlahan-lahan mati. Dia mengangkat muka. Tepat seperti yang dijangka, Syed Ashman kini berdiri menghadapnya. Renungan lelaki itu juga tajam.


         “Tak habis lagi menangis?” Soal Syed Ashman. Tak dapat diagak sinis ataupun apa nadanya itu. EJ terus melarikan pandangannya ke arah cermin.


         “When I talk, I want you to look at me.” Kenyataan Syed Ashman membuatkan EJ kembali memandang suaminya itu. Suami? Dia bertanya sendiri. Suami apa macam ni?


         Syed Ashman menarik satu lagi bangku lalu dia duduk di sebelah EJ. Dipandang wajah EJ yang sudah comot dengan solekan itu. Dengan tak semena-mena tangannya menyentuh selendang yang masih membalut kepala EJ. Satu persatu pin yang dibutangkan di selendang itu dicabutnya.


         Belum sempat dia merungkai selendang EJ, EJ terlebih dahulu menahan tangannya.


         “What’re you trying to do?” Serius EJ menyoal. Syed Ashman tidak menjawab. Selendang EJ terus ditariknya jatuh dari kepala EJ. 


         “Mana tisu basah?”


         EJ tercengang mendengar soalan Syed Ashman. “Tisu basah nak buat apa?”


         “Bila I tanya, jawab ajelah.” Syed Ashman membalas dingin. “Ada tak?”


         Muncung terus bibir EJ apabila ditegur begitu. Dia menarik laci meja soleknya, lalu mengeluarkan tisu basah dari situ. “Ni.”


         Syed Ashman menarik sehelai tisu basah. Tanpa menunggu, dia terus mengesat lembut wajah EJ dengan tisu basah itu. Membersihkan segala solekan yang membuatkan wajah isterinya comot.


         EJ menelan liurnya. Tak menyangka langsung akan tindakan Syed Ashman. Namun matanya tetap merenung Syed Ashman yang nampak serius dengan kerjanya. Dia tak berani menegur, takut suaminya itu melenting. Tak pasal-pasal nanti dia berendam air mata lagi.


         “Done.” Kata Syed Ashman lalu menghumbankan tisu basah yang kotor tadi ke dalam tong sampah. Dia bangun dari kerusinya. “I nak keluar dah. You jangan nak sambung menangis lagi. I tunggu you dekat bawah.”


         EJ merengus perlahan dengan arahan Syed Ashman itu. Perangai entah apa-apa! Tadi elok saja buat baik, sekarang mengarah orang pula. Huh!




Syed Ashman termenung sendirian di balkoni malam itu apabila EJ melangkah masuk ke dalam bilik. Terus saja dia berpaling menghadap kamarnya yang berhias cantik itu. Bilik pengantin baru katakan. Dipandang EJ dari luar. EJ terus menuju ke bilik air tanpa menyedari dia memerhatikan isterinya itu.


         EJ duduk di birai katil sambil mengurai rambutnya yang separas dada itu dengan tangan. Bosan betul. Dia naik ke bilik pun kerana disuruh keluarganya. Kata mereka, tak baik membiarkan Syed Ashman menunggu lama-lama di bilik.


         Syed Ashman pun satu hal, apa masalah entah naik bilik awal. Tak pasal-pasal orang mengusiknya, Syed Ashman sudah tak sabar untuk malam pertama mereka. EJ hanya mampu tersenyum sumbing.


         Malam pertama? Malam pertama dia dan Syed Ashman sudah berlaku bertahun-tahun lepas hakikatnya!


         “Jauhnya mengelamun.” EJ terkejut gara-gara ditegur Syed Ashman. Laju kepalanya berpaling pada Syed Ashman yang berdiri di pintu balkoni. EJ mencebik. Sibuk aje mamat ni!


         “Mengelamun pasal apa? Pasal I?” Syed Ashman bertanya lagi.


         “Pleaselah. Macam tak ada benda lain nak ingat selain dari dia.” Sinis EJ menjawab lalu menjeling siling.


         Syed Ashman tersenyum sumbing. Nampaknya perangai sebenar EJ sudah kembali. Dia melangkah masuk ke bilik. Dia berdiri bertentangan dengan EJ sambil memeluk tubuh.


         “Merajuk tak habis lagi?”


         EJ menjeling tajam. “You should ask yourself first.”


         “I am. I tunggu orang pujuk.”


         Terlepas ketawa sinis dari bibir EJ. “You pergilah cari orang yang nak pujuk you.”


         “Ahah... orangnya ada depan mata I sekarang ni.”


         EJ merengus. “Tak kuasa I pujuk you.”     


         “I tak tanya you kuasa ke tidak, I nak you pujuk I.” Selamba Syed Ashman menjawab. EJ mendecitkan lidahnya. Bengang.


         “I malas. I nak tidur. You nak merajuk, merajuklah.” Kata EJ lalu terus merebahkan badannya ke katil.


         Peduli apa dia pasal Syed Ashman. Nak sangat merajuk, merajuklah seorang-seorang! Dia bukannya jenis perempuan kaki pujuk. Malah tak pernah langsung pujuk orang!


         Syed Ashman rasa tercabar dengan tindakan EJ. Suka hati saja isterinya itu tidak mengendahkannya. Dia turut merebahkan badan di sebelah EJ. Kali kedua dia tidur di sebelah EJ, termasuk ketika mereka menjalin hubungan terlarang dahulu.


         EJ terus memalingkan badan membelakangkan Syed Ashman. Sengaja dia berbuat demikian, tanda protes. Tanpa diduga, terasa tangan sasa Syed Ashman melingkari pinggangnya. EJ terkejut lalu terus menolak tangan Syed Ashman. EJ terus bangun tegak.


         “You ni dah kenapa?” Tanyanya sebal.


         “Kenapa apa?”


         “You tu dah kenapa main peluk-peluk I bagai? Tidur diam-diam tak boleh ke?”


         Syed Ashman mencebik. Lalu dia mengukirkan senyuman sinis. “Gaya macam tak biasa pula kena peluk dengan I. Lebih dari tu pun kita dah pernah buat, kan? You tak pernah kisah pun dulu.”


         EJ mendengus bengang. “You cakap you nak merajuk. Jadi, tak payahlah nak sentuh I!”


         “Merajuk tu bab lain, sentuh you bab lain pula.” Kata Syed Ashman sambil tersengih nakal. Keningnya dijungkit-jungkitkan. “Cuba you goda I, I akan anggap you pujuk I. Come on EJ, I know you’re very excellent on seducing me.”


         EJ tercengang mendengar kata-kata suaminya itu. Gila betul. Aku goda betul-betul nanti baru tahu. Jatuh berkecai terus ego nanti dibuatnya. Bukan ego suaminya, ego dialah yang hancur dulu. Huh, dia takkan benarkan perkara itu terjadi!


         “Don’t you dare me.”


         “I am.” Laju Syed Ashman menjawab. “Come on, I’m waiting.


         EJ tersenyum sinis. Dia membetulkan duduknya. Dia duduk di atas Syed Ashman yang masih berbaring dengan kepala bersandar di kepala katil itu. Direnung tajam wajah Syed Ashman yang tersenyum mencabar padanya. “Ready?”


         “Show me what you have.” Cabar Syed Ashman.


         “I’ll make you lose.” Sinis EJ menuturkan. Syed Ashman cuma menjungkitkan bahu.Tengoklah apa akan jadi nanti.


         EJ membetulkan kedudukan rambutnya sambil sebelah tangan lagi mencapai alat kawalan jauh lampu. Terus dia menekan butang ‘Off’. Suasana bilik bertukar malap dengan meminjam cahaya dari lampu tidur sahaja. EJ berfikir sejenak cara untuk menggoda suaminya itu.


         “Lamanya fikir.” Perli Syed Ashman pada EJ. EJ menjeling tajam.


         “Diamlah. Banyak cekadak pula you ni.”


         Syed Ashman tergelak. “Kalau macam ni, bukan namanya nak menggoda ni. Ini namanya...”


         Belum sempat dia menghabiskan ayat, terasa bibirnya bersentuhan dengan EJ. Syed Ashman terkelu terus. EJ kembali mengangkat wajahnya. Dia senyum sarkastik pada Syed Ashman.


         “I sebenarnya tak ada mood  malam ni, you tahu tak? Tapi kalau you nak sentuh I juga, you kena bagi password dulu.” Ujar EJ dengan senyum muslihat. Dia tahu ideanya ini akan memberi kemenangan pada dia.


         “Password apa?”


         “I nak you cakap tiga perkataan tu. Say that you love me.” EJ mencabar suaminya. Dia tahu Syed Ashman takkan pernah katakan kalimah cinta itu. Dia pasti!


         “Why don’t you say it first?” Syed Ashman main tarik tali. Tak mahu dia mengaku dulu.


         “I yang suruh you dulu, jadi youlah yang kena cakap dulu.” EJ enggan mengalah.


         “I tak nak.”


         “Alright.” EJ terus bangun. Dia melangkah turun dari katil. “I’m glad to mention that you just lose. Tidurlah seorang, I nak keluar.”


         Sinis EJ menuturkan lalu terus melangkah keluar bilik meninggalkan Syed Ashman. Macam dia kata tadi, peduli apa dia dengan Syed Ashman. Yang penting, dia sudah menang tadi. Hatinya cukup puas dapat mengenakan suaminya. Padan muka Syed Ashman!



P/S : Dah kahwin pun bergaduh lagi. Hahaha