Sunday, 19 March 2017

Fight For Love Part 8


Assalamualaikum...









AILEEN Zefanya berjalan santai selepas habis berjoging dua pusingan di taman tasik berdekatan kawasan perumahannya itu. Sengaja dia keluar berjoging pagi ini, dengan harapan agar dapat meringankan beban dalam kepalanya. Otaknya memang sudah tepu dengan masalah demi masalah yang datang setiap hari.


          Masalah pertama, Nasr Haidar.


          Dan masalah kedua, Lee.


          Sakit jiwa sungguh dia menghadap perangai kedua-dua lelaki itu. Nasr Haidar dengan sikap yang makin hari makin hendak menunjukkan kuasanya sebagai suami. Setiap hari pasti Nasr Haidar akan cuba mematikan hasratnya untuk ke Itali. Dan kerana hal itu jugalah hari-hari mereka akan bertengkar.


Manakala Lee pula, tidak sudah-sudah jantan tak guna itu menggasak dengan menyoal tentang statusnya sebagai seorang isteri, yang akhirnya membuatkan Aileen Zefanya mengaku juga. Dia sendiri pun sudah penat dikejar Lee yang tidak faham bahasa itu.


Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lee malah semakin gigih berusaha untuk mendapatkannya. Katanya Aileen Zefanya sekadar mereka cerita. Tambahan lagi Lee berandaian mungkin saja lelaki yang menjawab panggilannya malam itu kawan sekerja Aileen Zefanya sendiri.


          Kenapalah hidup dia perlu terjebak dengan lelaki-lelaki sebegitu?


          Seorang lelaki pun sudah cukup membuatkannya sakit kepala, apatah lagi dua. Telan Panadol sepapan sekali harung pun belum tentu dapat hilangkan kekusutan dalam kepalanya itu. Kalau ya pun hilang, bukan setakat pening kepala, tetapi dengan nyawa dia sekali bakal hilang nanti sebab overdose.


          Telefon yang bergetar dalam sweatpants ditarik keluar. Nama yang tertera di skrin menimbulkan kehairanan padanya. Tetapi dijawab juga panggilan itu.


          “Hello.”


          “Hello, my dear Aileen. Good morning...” Berlagu-lagu pemanggil itu menyapa dia.


          Sekali lagi Aileen Zefanya melihat skrin telefonnya. Betullah apa yang matanya lihat, tetapi kenapa lain macam saja orang yang menghubunginya ini? “Kau ni tertelan marijuana ke, Edry?”


          “Hei, apa hal tuduh aku telan marijuana ni?”


          “Sebab perangai kau lain macam. Sejak bila pula kau jenis yang bangun pagi buta dan ucap morning dekat aku? Kau tengah high, kan?”


          Edry tergelak sakan di sana. “Kepala hotak kau. Tak ada kerja aku nak high pagi-pagi macam ni. Nak lalok ke apa malam sikit.”


          “Habis tu, yang perangai kau lain semacam ni kenapa? Happy overboard.


          “Salah ke kalau aku happy? Aku ada sebab kenapa aku macam ni. Guess why?” Edry sengaja berteka-teki.


          “Kau baru balik Malaysia?”


          “Bingo!


          “I see. Congrats.” Datar saja Aileen Zefanya menuturkan.


          “Wei, apa hal kau ni macam tak seronok aje? Patutnya kau seronok sebab aku dah jejak balik tanah melayu ni. Dan kau patut bangga sebab kau orang pertama yang aku call dalam banyak-banyak orang.” Omel Edry tidak berpuas hati dengan respons Aileen Zefanya tadi.


          “Hm... Tahniah dekat diri aku juga.”


          Kedengaran Edry merungut sendirian. Pastinya geram dengan perangai Aileen Zefanya. “You really got no chill, Aileen. Remind me again why we are friends, huh?”


          “Because you were a desperate boy who asked me to be your project partner during fourth semester, and suddenly we were on friends term.


          “Ah... so you remember?” Perli Edry. “Okay, forget about that. Apa kata kita fokus pasal celebrate aku balik sini? Let’s have a comeback party.


          Aileen Zefanya menjeling langit. Edry dan parti memang berpisah tiada. “Kau baru aje balik tapi dah nak ajak aku berfoya-foya? Kau tak faham maksud penat ke? Tak jetlag?”


          “Aduh kau ni, aku bukan ajak sekarang! Bila-bila kau free, kita pergilah.”


          “Aku malaslah. Kau pergilah ajak orang lain.”


          “Come on baby, don’t dissappoint me... ” Rayu Edry penuh mengharap. Membuatkan Aileen Zefanya berfikir panjang sebelum akhirnya memberi kata putus.


          “Fine...


          “Yes!” Edry terus bersorak kemenangan. “I know you love me.


          Aileen Zefanya mendecit. “You wish.








“NADRAH?” Puan Khalida memandang tetamu yang datang ke rumahnya dengan rasa kurang percaya.


          Nadrah tayang gigi yang cantik tersusun. “Assalamualaikum aunty. Anak makcik Puteri Hang Li Po tu ada tak dekat rumah?”


          Puan Khalida tersenyum kelucuan seraya menjawab salam sahabat baik anaknya itu. “Ada. Mehlah masuk. Ingatkan datang cari abang tadi. Abang belum balik kerja.”


          “Buat apa nak cari dia aunty? Dia tak penting sangat pun.” Gurau Nadrah, mengundang tawa kecil Puan Khalida.


          “Nadrah tak cakap nak datang, kalau tak aunty masak sedap-sedap sikit petang ni.”


          “Sorrylah tak bagitahu nak datang. Ini pun baru balik kerja tetiba teringat nak datang sini. Tak apa aunty, tak payah susah-susah nak masak segala bagai. Nadrah datang nak jumpa Aileen aje.”


          “Mana boleh macam tu, seganlah aunty tak jamu tetamu.”


          “Tak apa, Nadrah tak kisah pun.”


          “Macam ni, Nadrah naik atas dulu jumpa Aileen. Aunty masak something. Nanti aunty panggil kau orang dua turun makan.”


          “Aunty ni, orang dah cakap dah tak apa...” Nadrah menggeleng kepala dengan kesungguhan Puan Khalida itu. Sama saja ibu dengan anaknya, dua-dua keras kepala. “Tak apalah, Nadrah naik dulu.”


          Nadrah menyusun langkah menaiki tangga ke tingkat dua rumah itu. Bilik Aileen Zefanya terus ditujunya. Pintu bilik diketuk dua tiga kali.


          “Masuk ajelah. Main ketuk-ketuk kenapa?”


          Tawa ditahan dari terhambur. Sengaja hendak mengusik sahabatnya itu lagi, sekali lagi dia mengetuk-ngetuk daun pintu bilik itu. Kedengaran Aileen Zefanya membebel geram sambil derap langkahnya laju menuju ke arah pintu.


          “Taraaa!!


          Membulat mata Aileen Zefanya. “Nadrah?!”


          “Yes, I am Nadrah or should I spell my name too?”


          “Kau buat apa dekat sini?”


          “Dei, macam ni ke cara nak sambut tetamu datang rumah? Ni bukan calang-calang tetamu tau, ni adik ipar kau. Ajaklah aku masuk bilik kau dulu kut ya pun.” Omel Nadrah membuatkan Aileen Zefanya menjeling siling.


          “Bilik aku bersepahlah.”


          “Bila masanya bilik kau pernah berkemas?” Nadrah memboloskan dirinya ke dalam kamar tidur Aileen Zefanya. Bibirnya tersenyum sinis. “Sepahlah sangat. Ini kemas nak mampus ni apa cerita? Kalah bilik aku.”


          “Tell that to your brother. It will be a compliment to him.”


          Pintu bilik ditutup lalu dia mengikut langkah Nadrah ke arah bed sofa. Sofa yang selalu menjadi tempat peraduan Nasr Haidar.


          “Kesiannya abang aku jadi bibik kau.”


          “Siapa suruh dia kahwin dengan aku?”


          “Whatever...” Nadrah menjulingkan matanya. Berlawan kata dengan Aileen Zefanya ini memang tak akan pernah menang. Degil Aileen Zefanya lebih dua kali ganda daripadanya. “Kau buat apa aje tadi?”


          “Baru aje lepas borak dengan Edry. Dia say hi dekat kau.”


          Bercahaya wajah Nadrah mendengar nama itu. “Edry? Apa cerita dia sekarang? Dah balik Malaysia ke?”


          “Kau kalau topik pasal Edry, bukan main berseri kan muka kau. Tak faham aku apa yang kau minat sangat dengan dia. Yang Lee pula, kau benci gila dekat mamat tu. Padahal Edry dengan Lee lebih kurang aje.”


          “Tsk, tsk, tsk... that’s where you are wrong, Edry is much way better than Lee. Much way better.” Panjang harakat ayat terakhir yang diucap Nadrah. Punyalah hendak menunjukkan perbezaan antara Edry dengan Lee bekas kekasih Aileen Zefanya yang haprak itu.


          “Apa yang beza banyaknya sangat, hm? Dua-dua kaki perempuan.”


          “Tapi dia tak pernah kena tangkap basah macam Lee tu.”


          “Kau tak pernah bercinta dengan dia mana kau tahu?”


          “Kau nikan, saja aje nak dengki aku dengan Edry tu. Suka hatilah aku nak minat dia ke apa.” Nadrah sudah memuncung panjang. Aileen Zefanya tergelak halus.


          “Yelah, yelah... pasal soalan kau Edry dah balik Malaysia tadi tu... yes, dia dah balik sini. Baru sampai pagi tadi.”


          “Really? Kau dah jumpa dia ke?”


          “Belum lagi. Tapi dia ada ajak aku celebrate dia sempena dah balik sini. Macam biasalah, dia dengan parti mana boleh berpisah.”


          “Aku nak join sekali boleh? Bolehlah... bolehlah...” Nadrah menggoyang-goyangkan lengan Aileen Zefanya.


          “Suka hati kaulah. Tapi nanti kalau mak kau marah kau, kau jangan nak tuduh aku ajak buat jahat pula. Kau sendiri yang nak ikut.”


Aileen Zefanya mengingatkan. Dia tidak mahu dipersalahkan oleh keluarga mentuanya nanti kerana bukan dia yang mengajak Nadrah. Gadis itu sendiri yang menawarkan diri untuk terjebak dengan parti Edry. Yang Aileen Zefanya tahu tak pernahnya tak liar.


          “Aku janji mama takkan tahu pasal ni. Abang Nasr pun takkan tahu. Janji!”








MAKAN malam di rumah Puan Khalida imalam ini disertai sekali dengan Nadrah. Riuh ruang makan itu dengan adanya Nadrah yang sentiasa bergurau senda. Itulah bagusnya apabila Nadrah datang, tidaklah terasa sunyi sangat rumah itu. Kalau cuma mereka bertiga saja yang ada, jangan harap nak berborak sakan sampai jiran sebelah kiri kanan pun boleh dengar.


          “Lain kali bila-bila Nadrah nak datang, bagitahulah. Nanti aunty masak makanan kegemaran Nadrah,” ujar Puan Khalida mesra.


          “Ibu, tak payahlah manjakan sangat dia ni. Asyik orang aje masakkan dia, dia nak masak sendiri punyalah malas. Apa jenis anak daralah.” Sampuk Nasr Haidar, sengaja menyakat adiknya itu.


          Nadrah menjeling geram. “Mentang-mentanglah wife dia pandai masak, kerja nak mengutuk orang aje.”


          Nasr Haidar tergelak kecil. “Itulah untungnya kahwin dengan Aileen. Siapa yang kahwin dengan Nadrah nanti kesian orang tu. Dapat bini pemalas.”


          “Aileen pun kengkadang dua kali lima aje dengan Nadrah.”


          “Mana ada. Abang tahulah wife abang macam mana.” Ujar Nasr Haidar dengan kening dijungkit double jerk.


          Nadrah mencebikkan bibir.


          Aileen Zefanya pula rasa hampir mati selera.


          “Menyampah tau cakap dengan abang ni. Aunty tengoklah abang tu, perangai macam budak-budak.” Adu Nadrah kepada Puan Khalida.


          “Dia yang macam budak-budak, mengata orang pula. Tak payah layan dia, ibu.”


          Puan Khalida sekadar senyum menggeleng. Suka benar melihat dua beradik itu bertikam lidah. Kalau ibu-ibu lain mungkin sudah membebel melihat anak-anak bergaduh, tetapi lain pula dia yang cuma ada anak perempuan seorang. Dikerling anak gadisnya yang senyap tidak berkutik sejak tadi, sekadar makan dalam senyap saja.


          “Macam-macamlah kau orang berdua ni. Riuh rumah aunty sebab kau orang aje.”


          “See? Nadrah punya pasallah. Suara macam petir. Buat bising aje tahu.”


          “Eh, salahkan Nadrah pula. At least, kedatangan Nadrah ni bawa manfaat juga. ‘Hidup’lah sikit rumah ni daripada biasa. Betul tak, aunty?”


          “Betul cakap Nadrah tu.”


          “Tengok? Aunty pun sokong Nadrah.”


          Nasr Haidar malas melayan lagi kerenah adiknya itu. Ada saja yang hendak dijawabnya. Degil. Sama degil dengan isterinya!







NASR Haidar mengamati Aileen Zefanya yang sedang mengelap rambut dengan tuala kecil di hadapan cermin solek. Isterinya itu baru saja selesai membersihkan diri dan masih berbalut dengan bathrobe.


          Aileen Zefanya beriak biasa meskipun dia sedar renungan Nasr Haidar yang bagaikan helang terhadapnya. Mata terlebih insurans gamaknya pandang orang begitu. Cucuk mata itu sampai buta baru padan muka.


          “Ada benda saya nak bagitahu awak.”


          “Kalau awak nak cakap awak tetap akan larang saya pergi Itali, saya tak nak dengar.”


          “Kenapa awak ni degil sangat?”


          “Itu hak saya.”


          “Hak awak? Hak saya sebagai suami awak macam mana?” Nasr Haidar bertanya mencabar. Dia bangun dan menghampiri Aileen Zefanya.


          Aileen Zefanya mengeluh kebosanan. Dia turut bangun dari bangku seraya menanggalkan tuala di kepalanya. “Kita cuma kahwin sebab saya nak tutup mulut ibu saya. Saya bukannya terima awak sebagai suami pun. Awak tetap stranger bagi saya.”


          “Sampai bila awak nak macam ni? Awak tak pernah fikir ke nak bahagia?”


          “Awak ni kena sampuk ke apa? Saya tengok makin lama makin pelik perangai awak. I’m not yours to claim, so you should have stop doing useless things like you did these days.


          “You are mine and I have rights to do all that.


          “Stop talking about rights, can you? Just pretend that we don’t have them between us. Awak buat hal awak, saya buat hal saya. Takkan itu pun susah awak nak buat?”


          Nasr Haidar mendengus kasar. Tidak dibalasnya pertanyaan Aileen Zefanya itu sebaliknya dia melencongkan topik. Topik yang sepatutnya dibualkan sejak tadi. “Esok saya pergi KL. Kursus.”


          “Good. Awak ada dekat sini pun buat sakit hati saya aje. Awak tak payah balik sini pun tak apa, lagi tenang rumah ni.”


          “Saya bagitahu awak so that awak takkan lari senyap-senyap pergi Itali tu.”


          Aileen Zefanya tergelak sinis. “Kalau awak tak bagitahu pun saya boleh lari pergi sana bila-bila masa saya nak. Apa saya kisah?”


          “Jangan cabar kesabaran saya, Aileen. Saya pun manusia yang ada limit dia. Kalau awak asyik buat perangai macam ni, jangan tanya saya nanti kenapa saya buat bukan-bukan dekat awak. Awak yang paksa saya.” Nasr Haidar memberi amaran tetapi apa yang disampaikannya cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri Aileen Zefanya saja.


           “Say whatever you wanna say. Because I know you won’t such stupid things to me. You’re just too coward, Nasr.” Senyuman sarkastik ditarik.


          “I kissed you once, don’t forget that.


          “Just once. And then what? You regretted it, right? I told you, you’re a coward.


          Mencerlung tajam renungan Nasr Haidar. Tembus tepat ke anak mata isterinya itu. Selangkah demi selangkah tapak dibuka mendekati Aileen Zefanya. Aileen Zefanya pula berundur beberapa tapak sehingga akhirnya belakang badannya bertemu dinding.


          “Coward, huh? Habis tu kenapa awak lari dari saya?” Kedua-dua tangannya diluruskan ke dinding, mengepung Aileen Zefanya.


          “Itu tak bermakna saya takut dengan awak.”


          “Then, kalau saya buat macam ni…” Tangan kanannya kini menyentuh tali jubah mandi Aileen Zefanya. Namun dia hanya sekadar meletakkan tangannya di situ. “Awak takut?”


          “Awak takkan berani.”


          “Kan saya cakap jangan cabar saya.” Kini tali yang tersimpul kemas itu ditarik perlahan.


          Namun apabila tali itu hampir terungkai, tubuhnya ditolak jauh oleh Aileen Zefanya. Kalut gadis itu mengikat kembali tali jubah mandinya.


Gila betul! Sejak bila Nasr Haidar berani berperangai luar alam begini? Tahu tak dia memang tak ada seurat benang pun tersarung di tubuhnya di sebalik jubah mandinya itu? Sekali terbuka tali itu memang hilang terus maruah dia nanti!


You pervert! I hate you!



Terus Nasr Haidar menghamburkan tawa sinis. Tahu sudah hanya setakat itu saja keberanian Aileen Zefanya. Dan dia tidak perlu bertindak jauh lagi untuk membuktikan kesahihan fakta itu. 


8 comments:

  1. bila part sweet-potong-kaki nasr dgn aileen niiiiii

    ReplyDelete
  2. Semakin menarik story ni...tak sabar nak tunggu next capture.
    Akak hoping for happy ending ya, cik writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risaulah akak, citer ni memang happy ending =]

      Delete
  3. Aku tak sempat baca lagi. Drop komen dulu.

    Chill!

    ReplyDelete

Anaklah ayam,
anak ayam turun sepuluh.
Apa kaitan commentator dengan anak ayam?
Dedua comel hiks !